Powered by Blogger.

Friday, February 26, 2010

MaSaLah OrG KiTa..



TeNgok DaN reNUNGkan....(BaNgsA n AgaMa) SiapA yG TeNgaH BEratur Beli Tiket,BukaN tiKet BUS or WayaNG...rAsa xberSalah,Dengan Baju mElayu BersaMpiNG ReleX jeA..heeheeee...

Monday, February 22, 2010

Saturday, February 20, 2010

Thursday, February 18, 2010

 
Posted by Picasa

Wednesday, February 17, 2010

AKu dan SeSuatU





Nikmat air bertukar bencana jika tidak disyukuri

AIR nikmat berharga dikurniakan Allah yang menjadi unsur penting diperlukan manusia dan seluruh jasad hidup. Tanpa air, bumi gersang dan tidak ada sesuatu pun yang boleh hidup. Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon dan biji tumbuhan yang dikutip hasilnya.” (Surah Qaf, ayat 9).


Dalam surah an-Nahl, ayat 10 hingga 11 Allah berfirman bermaksud: “Dialah (Allah) yang menurunkan hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya lagi (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menternak binatang ternakan. Dia (Allah) juga menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.”

Sumber air diperoleh secara semula jadi daripada hujan, sungai, tasik dan mata air. Biarpun diperoleh secara percuma, sumber air perlu diurus dengan baik bagi mengelak kesan buruk berkaitan dengannya.

Manusia mudah lupa jika tidak diturunkan bala. Masalah banjir kilat sering berlaku disebabkan gagal mengalir air hujan ke laut. Alur dan sungai banyak tersekat disebabkan proses pembangunan tidak mengambil kira laluan air apabila hujan.

Kita harus bersyukur dilimpahi rahmat dengan jumlah purata hujan yang banyak sepanjang tahun. Sumber air memberi kemakmuran dan kesenangan hidup kepada seluruh rakyat. Kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan, kegunaan domestik dan perindustrian berjalan baik hasil sumber air mencukupi.

Bagaimanapun, segala nikmat itu mungkin ditarik Allah dengan pelbagai cara jika manusia tidak menghargai nikmat air. Jumlah hujan yang banyak tidak menjamin bekalan air mencukupi sepanjang tahun.

Peringatan Allah dalam surah al-Mukminun ayat 18 bermaksud: “Kami turunkan air hujan dari langit dengan sukatan tertentu serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”

Semua pihak menanggung kerugian dan kesukaran apabila bekalan air berkurangan. Ketika itu masing-masing sedar betapa pentingnya air. Masalah kekurangan bekalan air bukan kebetulan, tetapi akibat perbuatan manusia sendiri.

Tindakan pemantauan berkaitan bekalan air dilakukan bersungguh-sungguh hanya ketika berlaku krisis bekalan air. Malangnya, masalah itu dilupai selepas dapat diatasi buat sementara. Ini memberi peluang pihak tidak bertanggungjawab mengulangi kesalahan dan mengaut keuntungan. Mereka tidak takut didenda kerana mampu membayarnya.

Masalah berkaitan air bukan satu bencana alam semata-mata, malah peringatan disebabkan manusia tidak menunaikan amanah dan tanggungjawab.

Sikap tamak dan angkuh menjadikan manusia tidak rasa bersalah biarpun mengetahui perbuatan mendatangkan keburukan.

Allah menurunkan hujan sebagai anugerah kepada hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menghargai nikmat kurniaan itu. Jika nikmat itu tidak diendahkan, maka dibalas dengan azab yang pedih.

Manusia perlu menghargai air dengan melakukan usaha ke arah memelihara dan memulihara sumber air.

Perbuatan mendatangkan keburukan kepada sumber air perlu dihentikan. Penggunaan air juga perlu dikawal agar tidak berlaku pembaziran sumber. Sekiranya Allah menarik balik nikmat air, tiada siapa dapat mengatasi kekuasaan Allah untuk mengubah ketentuan-Nya.

Masalah berkaitan air adalah bala. Ia satu peringatan supaya kembali insaf dan tidak berterusan melakukan dosa.

Jika manusia tidak insaf dan tidak memperbetulkan kesalahan dilakukan, bala lebih besar ditimpa seperti diceritakan dalam al-Quran mengenai kehancuran menimpa kaum Saba akibat ingkar mematuhi perintah Allah.

Kaum Saba mendapat limpah kurnia melakukan kegiatan pertanian secara besar-besaran dengan ada bekalan air mencukupi. Negara Saba mendapat kemakmuran dan kehidupan mewah sehingga menjadi tumpuan penduduk dari kawasan sekitar.

Balasan berkaitan air tidak saja melalui banjir. Masalah kekurangan bekalan air, tanah runtuh, banjir lumpur, hakisan tanah dan penyakit bawaan air juga satu bentuk balasan. Kejadian itu disebabkan manusia melakukan perbuatan menyalahi hukum alam sehingga peranan air tidak terkawal.

Tanah runtuh berlaku disebabkan kemusnahan struktur semula jadi disebabkan kegiatan pembinaan bangunan, jalan raya dan penempatan yang dibuat di lereng atau atas bukit tanpa kawalan. Bukit yang menjadi paksi bumi mengalami perubahan ketara tidak mampu mengekalkan peranannya.

Masalah hakisan tanah mendatangkan kesan buruk biarpun berlaku perlahan. Kejadian hakisan menyebabkan air sungai dicemari kelodak dan unsur tidak larut. Sungai menjadi cetek dan mengganggu ekologi hidupan air.

Kegiatan pembalakan haram dan tidak terkawal sering mengganggu kawasan diwartakan tadahan hujan. Pokok ditebang sehingga kawasan hutan menjadi gondol. Keuntungan diperoleh pencuri balak, sedangkan orang ramai mengalami padahnya.

Kawasan hutan tadahan hujan yang dibersihkan tidak lagi menyimpan air. Simpanan air dalam tanah berkurangan dan mudah kering apabila musim kemarau. Loji air menghadapi kekurangan bekalan air sehingga tidak memenuhi keperluan domestik.

Kekurangan bekalan air dalam tanah juga menyebabkan tumbuh-tumbuhan tidak subur dan mati. Haba di kawasan meningkat dengan mendadak dan menyebabkan kebakaran hutan mudah berlaku yang mendatangkan kerugian besar kepada negara.

Manusia perlu mematuhi dan bertanggungjawab menjaga alam agar sumber utama tidak diganggu secara keterlaluan. Sifat melampaui batasan memang ditegah dalam semua hal. Kemusnahan dan kecelakaan mudah berlaku dalam keadaan melampaui batasan.

Soal pengurusan air adalah fardu kifayah yang perlu dipandang serius untuk kepentingan semua. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjamin kepentingan umum tidak dirosakkan.

Tindakan proaktif dan berterusan menjaga dan memulihara sumber air perlu dilakukan tanpa kompromi terhadap pihak yang mengambil kesempatan tidak mematuhi peraturan supaya sumber air berada pada tahap lebih lestari dan berkualiti.

Alam ini perlu dipelihara dan diuruskan dengan baik. Tugas ini sebahagian daripada tugas yang diamanahkan terhadap manusia sebagai khalifah. Allah menjelaskan kemusnahan dan penderitaan bakal ditanggung manusia jika melakukan perbuatan menyalahi aturan alam.

Tuesday, February 16, 2010

TaNyA SaMA pOKOk


Tanya Sama Pokok
Korang ingat tak dulu ada satu lagu lama yg diorang nyanyi berduet
tu....starting dia "tanya pada hati apa tanda sayang" agaknyer lah
sikit lebih kurang.

Tanya pada pokok atas ada berok
Berok sedang duduk tergarok-garok
Jambannya berkurap tidak mandi pagi
Terjun dalam kolam ikan pun mati

Taik bulat-bulat boleh buat obat
Isi dalam botol cap orang kuat
Obat pun dimakan kener gatal-gatal
Bawak kat hospital terus meninggal

Tanya pada hati apa tanda sayang
Hati kata duit tak boleh kurang
Lain kurang takpa fulus mesti ada
Baru rumahtangga boleh bahagia

Orang Melayu kita ada satu penyakit
Belanjer boros-boros sampai tersepit
Utang sana sini beli itu ini
Bila takder duit bantai anak bini

Ader Melayu kiter mulut cam tempayan
Idop suker mengater lazernyer sakan
Mulut tak tahu diam macam bontot ayam
Tidak kisah hari siang dan malam

Suker cakap besar selalu megah-megah
Jiran beli kecik dia nak yg besar
Hati asek sakit mater selalu merah
Baru cakap sikit sudah nak marah

Melayu takleh maju pasal dia tak laju
Cina sudah meluru dia mati kutu
Otak berjerebu bodoh macam lembu
Kener marah membisu last buat tak tahu

Bincang punya bincang rancang punya rancang
Meeting macam perang sumer nak menang
Tak pernah bersatu tak pernah setuju
Gini punya Melayu camner nak maju...

Saturday, February 13, 2010


Rata-rata apabila manusia berjalan2, bersiar2 atau melancong ke mana2 manusia akan mencari tempat2 yang menarik, cantik, indah dan nyaman disamping ingin melihat penduduknya yang cantik dan tampan; makanan, minuman dan buah2an yang sedap2; membeli barangan2 yang unik dan murah; serta ingin melihat budaya dan bangsa yang berbagai. Mmm…semuanya seolah2 sesuatu yang membahagiakan!

Namun, Allah ingatkan kita bahawa SEMUA INI HANYALAH PERHIASAN KEHIDUPAN SAHAJA kerana Allah MENGUJI kita dengan amalan kita. Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi: 7; “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”

SeBagAI BAhaN PeNyeRi..

Menantu Hantu
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

ViVa(Peroduavivaclub)


HaRta ...PerTama sekaranG daN keretA iMpiAn (Bm......) KalaU ada RezeKi.hEEHEHEhhe

ApA KaTa GabaNZ?


ReNuNG SejEnaK BerSama KU......

Friday, February 12, 2010

CUBAAN!!!!


TENGAH MENCUBA....

TERIMA KASIH....
banner