Powered by Blogger.

Saturday, June 5, 2010

Daulat Tuanku

Sejarah perlantikan Yg Dipertuan Agong..

Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah berkenan untuk memilih
gelaran
Yang di-Pertuan Agong bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu,
dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut susunan
Raja yang paling lama memerintah.
Mengikut susunan ini,
Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar,
yang naik takhta pada 1895 adalah yang paling lama memerintah,
tetapi baginda, yang ketika itu berusia 84 tahun,
telah menolak pencalonan tersebut disebabkan telah lanjut usia.
Yang kedua dalam turutan,
Sultan Pahang Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah, yang naik takhta pada 1932,
juga telah menolak pencalonan.
Maka itu, Raja yang ketiga paling lama memerintah
iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
dari Negeri Sembilan telah sebulat suara dipilih untuk
menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi
Persekutuan Tanah Melayu. Sebelum ditabalkan
sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda telah
menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak 1933.

3 ulasan:

alinac lover said...

lalalalalal~jalan3~

alinac lover said...

klik3 mlm~

NaNaJoe said...

smlm jam jalan sbb smbutan ni!~ huhuhu~~