Powered by Blogger.

Monday, April 8, 2013

RENUNGAN BERSAMA

Rasulullah s.a.w.bersabda bermaksud: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : “Seorang perempuan yang beriman kepada Allah tidak halal mengizinkan orang yang dibenci suaminya memasuki ke rumahnya, tidak boleh keluar jika suaminya tidak menyukainya, tidak boleh mentaati seorang pun di rumah suaminya (kecuali suaminya), tidak boleh meninggalkan tempat tidurnya dan tidak boleh memukul suaminya. Jika suaminya berlaku zalim kepadanya, hendaklah ia tetap di sisi suaminya sehingga ia dapat menjadikan suaminya senang. Jika suaminya mahu menerimanya hal itu sangat menguntungkan dirinya dan Allah pun akan menerima alasannya, memenangkannya dan dia tidak berdosa sedikit pun. Sekiranya suaminya tetap tidak meredhainya, sesungguhnya alasannya di sisi Allah tetaplah kuat.” (Hadis Riwayat Hakim)

2 ulasan:

Mia Liana said...

alhamdulillah.... tazkirah yang bagus untuk para wanita...

* baca dengan penuh keinsafan..

Diari Si Froggie said...

Nasihat untuk para wanita, isteri dan juga bakal isteri.. :) berguna untuk kebahagian dunia dan akhirat.