Powered by Blogger.

Sunday, March 3, 2013

SAMA SAMA KITA BERDOA

Assalammualaikum kepada BLOGGER Sekalian....

Mungkin semua tahu LAHAD DATU di Serang ASKAR SULUK...Pertempuran sedang berlaku hingga sekarang kerana Raja Sulu tidak mahu berganjak dari tanah SABAH...atas alasan Tanah tersebut Hak Mereka..

SAMA-SAMA KITA DOAKAN KESELAMATAN MEREKA ...............


  • Jom sama2 doakan keselamatan rakyat di negeri Sabah.Terutamanya ahli2 keluarga/saudara-mara/rakan2 kita.


    Sejarah Suluk di Sabah

    Mengikut sejarahnya, Sabah dahulunya adalah sebahagian Kerajaan Kesultanan Melayu Sulu ( di sebelah timur ) yang begitu rapat hubungannya dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei ( di sebelah barat Sabah ). Tanah jajahan Kerajaan Melayu Sulu meluas hingga keseluruhan bahagian timur Sabah termasuk di kawasan sepanjang Sungai Sugut, Sungai Labuk dan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Masyarakat Melayu Suluk telah membuka penempatan di pesisiran pantai sebelah timur Sabah. Misalnya, Sandakan dan Lahad Datu adalah contoh penempatan yang diberi nama mengikut bahasa Suluk asli.Sandakan adalah bermaksud 'Tanah Gadaian' manakalaLahad Datu bermaksud 'Persinggahan Datu'.

    Di Tawau, masyarakat Suluk tempatannya agak berbeza dengan masyarakat Suluk Sabah yang lain. Ini kerana masyarakat Suluk Tawau yang telah wujud lama di Tawau ini telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu lain yang ada di Tawau. Mereka hidup bersama dan berkahwin dengan masyarakat suku kaum Melayu lain seperti Melayu Tidung, Melayu Banjar, Melayu Arab, Melayu Jawa , Melayu Bugis dan sebagainya. Rentetan dari perkahwinan campur antara pelbagai suku kaum Melayu ini, kini masyarakat Melayu Suluk di Tawau lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu Tawau.

    Oleh kerana Sabah Timur di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu Sulu, banyak golongan bangsawan di kalangan masyarakat Suluk Sabah yang dilantik sebagai wakil pemerintah Kerajaan Melayu Sulu. Misalnya Datu Paduka Mat Salleh yang diberi kuasa untuk menjaga perairan Sungai Sugut. Gelaran 'Datu' pula adalah gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan masyarakat Melayu Suluk di Sabah. Di Tawau pula, pemimpin Melayu dari keturunan Suluk yang pernah memimpin masyarakat suatu ketika dahulu ialah Sarip Ali dari tahun 1905 hingga 1912. Selepas itu, ketika sebelum dan selepas Perang Dunia dan Pendudukan Jepun di antara tahun 1937 hingga 1953, Penghulu Abu Bakar yang juga berketurunan Suluk Tawau pernah memimpin masyarakat Melayu di Tawau. Kemudian era pra kemerdekaan, Datuk Abu Bakar Titingan bin Damsani ( juga berketurunan Suluk Sabah ) pula memainkan peranan sebagai pemimpin masyakarat Melayu di Tawau. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi USNO pada Mei 1962 dan memikul tanggungjawab untuk menyatukan semua orang-orang Melayu pada masa itu di bawah satu payung iaitu USNO bagi menuntut kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 16 September 1963.


    Suluk Tawau Bukan Tausuq ( Filipina )

    Suluk Tawau adalah cuma nama asalnya sebuah keturunan namun hakikatnya kewujudan mereka adalah di dalam sebuah komuniti iaitu orang-orang Melayu sama seperti suku-suku kaum Melayu lain yang terdapat di Tawau seperti Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Tidung. Oleh yang demikian, orang-orang Melayu keturunan Suluk di Sabah menganggap diri mereka adalah Orang Melayu lebih-lebih sudah ratusan tahun, mereka cuma bertutur dalam satu bahasa iaitu Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya dan adat Melayu bersama komuniti Melayu lain.

    Walaupun suku Suluk ini juga ramai terdapat ramai di tempat lain seperti di Filipna dan Kalimantan namun cara hidup, pertuturan dan budaya di antara Suluk Tawau adalah sangat berbeza dengan Suluk di Filipina ( Tausug ). Ini kerana bahasa pertuturan Suluk Tawau adalah bahasa Melayu Sabah manakala pertuturan Suluk di Filipina adalah bahasa pertuturan Suluk [Tausug]. Ramai orang Tausuq di Filipina yang tidak tahu bertutur bahasa Melayu dan bagi yang tahu bertutur dalam bahasa Melayu, loghat pertuturan mereka adalah sangat berbeza dengan loghat masyarakat Melayu Tempatan. Dari segi budaya hidup pula, Suluk Tawau adalah mengamalkan budaya hidup Melayu tempatan Sabah dan gaya hidup bangsa Malaysia manakala masyarakat Tausuq di Filipna telah mengamalkan budaya masyarakat Tausug yang agak berbeza dengan budaya Melayu di Malaysia.

    INFO SELEBIH NYA DARI: http://blogzzpejuangbangsa.blogspot.com/2012/03/sejarah-suku-kaum-suluk-di-sabah.html
banner