Powered by Blogger.

Wednesday, September 12, 2012

NEGATIF PULA.....


Petua Mengelak Dari Berfikiran NegatifDalam tips motivasi kali ini, saya kongsikan tips untuk mengelak diri dari berfikiran negatif. Ramai orang disekeliling kita lebih terarah untuk melihat kepada yang negatif.Jadi, bagimana nak mengubah semua itu? Caranya, berhenti dari memandang keburukan orang lain. Itu saja.Jika orang itu buat sesuatu yang buruk pada pandangan mata Anda, jangan menyampah dengan perbuatannya itu, tapi biarkan saja dia. Itu haknya mau buat apa yang dia suka.Kita pula jangan mengumpat atau mencela, tapi ambil pengajaran dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa, baik tau buruk. Gali motivasi dalam apa jua yang berlaku di sekeliling kita, walau seburukmanapun ia.Percayalah, jika sesaat kita sudah memandang kepada yang negatif, maka seminit kita akan mula berfikiran negatif, sejam yang seterusnya, fikiran kita lebih menjurus kepada yang negatif.Fikir yang negatif, gelombang minda Anda akan menarik semua yang negatif juga. Jika Anda suka berkata tentang keburukan orang lain dan suka mengadu pasal ketidakpuashatian Anda pada orang lain, maka apa yang Anda katakan itu akan datang pada Anda sendiri.Untuk mengelak dari berfikiran negatif, Anda perlu banyak berfikiran positif, optimis dan melihat kebaikan lebih banyak dari keburukan dalam apa jua keadaan. Kena bersangka baik tak kira pada sesiapa jua, tak kira di mana dan tak kira bila.Setiap apa yang kita fikir, buat dan kata ada balasan. Ini hukum alam dan memang wujud dari dulu lagi.Fikir baik di balas baik, fikir jahat dibalas jahat. Senang cerita, jika Anda suka berfikir yang negatif terhadap semua orang, situasi, perkara dan keadaan, negatif juga hasil yang Anda dapat nanti.Kalau boleh, elak untuk berkata keburukan orang lain dan latih diri untuk sentiasa kagum pada orang lain walau sekecilmanapun kehebatan dirinya. Andai dia sekadar seorang tukang sapu, Anda harus kagum pada kerajinan dirinya menyapu dan fokus dirinya pada kerja penyapuan yang dilakukannya, bukan memandang kepada kehinaan sebab dia seorang tukang sapu.Itu cara asas untuk mengelak diri dari berfikiran negatif. Berfikiran negatif walaupun sesaat boleh menurunkan tahap motivasi Anda.Jadi, kena berjaga-jaga. Awasi perkataan yang keluar dari mulut Anda, yang Anda di hati Anda dan yang berlegar di fikiran Anda.Elak dari yang negatif.


0 ulasan: