Powered by Blogger.

Monday, June 27, 2011

BoiKoT AsTrO.....AmBik Ko....

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong kempen yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk meraih sokongan rakyat bagi memboikot penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro sebagai membantah kenaikan bayarannya.

dr jacob george 270308 cassa statement on water dealPresiden Cassa Dr Jacob George berkata, kempen itu perlu diteruskan memandangkan rakyat pada masa ini telahpun terbeban dengan keadaan ekonomi semasa.

“Apa teladan yang (Astro) tunjuk pada masyarakat? Masyarakat pun (sudah) tertekan dalam keadaan ekonomi sekarang (tapi Astro) faham tentang diri sendiri saja,” katanya lagi.

George mendakwa, Astro juga telah menolak jemputan persatuan berkenaan untuk mengadakan perbincangan dua hala berhubung kenaikan harga itu.

“Apa justifikasi yang (Astro) bagi? (Cassa) minta perbincangan dua hala, (Astro) tidak mahu dengan kita," katanya yang menambah, konglomerat media itu perlu menjelaskan sebab kenaikan harga berkenaan kepada pengguna.

George berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang menyifatkan notis kenaikan bayaran perkhidmatan Astro sebagai tidak sah.

astro satellite dishAstro sepatutnya mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Rais yang menegaskan bahawa bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro pada masa ini tidak akan berubah.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakinihari ini, George membidas syarikat berkenaan yang didakwanya ingin menambah keuntungan melalui peningkatan harga pakej tetapi tidak menyediakan program terkini.

Beliau turut mendakwa, Astro sering menyiarkan program yang berulang-ulang dan tidak mengambil tindakan sepatutnya walaupun pengguna telah membuat aduan.

“(Kalau) hujan tidak ada liputan Astro, adakah dia bayar (gantirugi)? (Astro) beri teknologi yang tidak dikemaskini. Apa yang semasa? Hanya (maklumat) untuk perkhidmatan yang kita bayar," katanya lagi.

7 ulasan:

Afiq Din said...

astro mmg gampang

abad said...

thankQ...hahahhaahh

Nur Hawa Mohd Zin said...

huhu..awe tak pakai astro sebab membosankan cerita ulang2...better ada company lain yang macam astro ni..baru astro boleh bersaing...dia dah monopoli psaran pun

abad said...

boikot jea....sonang crta...

syafiqakarim said...

haahha sebab tu xske pakai astro.
konon la mcm2 adaaaa.haha.

org muo said...

dah brapa kali naik dah astro ni..mencekik btul..kualiti gambo pun ntah ape-ape kalau tv LCD ,hujan sikit putus siaran

abad said...

kalo berbayar mcm guna telefon xde...celcom,maxis,digi....ok gak...astro ni dah cerita entah apa2...dr byr astro,elok bayar bill internet...lg berbaloi-baloi