Powered by Blogger.

Sunday, April 10, 2011

UnTuK PeNgeTaHuaN KiTa..............

Garis panduan menyediakan minit mesyuarat dan AGM

Berikut adalah garis panduan menyediakan minit mesyuarat dan AGM

1. maklumat latar belakang mesyuarat

Maklumat yang perlu dicatatkan di dalam latar belakang mesyuarat adalah seperti di bawah :

a. Tajuk mesyuarat

b. Tarikh mesyuarat

c. Tempat mesyuarat (alamat penuh)

d. Masa mesyuarat

e. Agenda mesyuarat

f. Senarai kehadiran ahli mesyuarat (tidak kurang daripada tujuh (7) orang)

2. agenda mesyuarat

Perkara-perkara yang perlu dibangkitkan oleh pengerusi dan dicatatkan di dalam Minit Mesyuarat Penaja adalah perkara-perkara seperti di bawah :

2.1. Aluan Pengerusi

a. mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat

b. menerangkan tujuan mesyuarat diadakan

2.2. Pembentangan Laporan Tahun Lalu

a. Minit AGM lepas

b. Laporan Aktiviti

c. Laporan kewangan sehingga 31 Dec 2010.

2.3 Perbincangan Hal-Hal Berbangkit bersama AJK 2010/2011

2.4. Pembubaran AJK tahun lalu.

2.3. Pelantikan Ahli Jawatankuasa

a. mencatatkan nama setiap pencadang dan penyokong bagi pencalonan setiap Ahli Jawatankuasa Penaja

Pengerusi :

Naib Pengerusi :

Setiausaha :

Naib Setiausaha :

Bendahari :

Naib Bendahari :

AJK-ajk:

Biro Konvoi & Komunikasi

Biro Promosi & Tajaan

Biro Barangan & Jualan (Merchandise)

Biro Sukan, Kebajikan & Aktiviti

Biro Protokol & Tatatertib

2.4 Hal-Hal Lain (jika ada)

Peringatan :

Minit mesyuarat mesti ditandatangani oleh mana-mana dua (2) orang pemegang jawatan

utama.

0 ulasan:

banner