Powered by Blogger.

Sunday, May 16, 2010

CeRita TeNtAng PiLiHaN RaYa D'siBu SaRaWak


RaKyaT sIbU BKn TaK SuKa BN taPi PeMiMpin
SeBaB TuLaH BN TuMbaNg Di SiBu

KiTa TuNggU PiLiHan RaYa NegEri SaRaWak LePaS Ni.......!!!!!!

SIBU: DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.

Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.

Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.


2 ulasan:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

sye tak sokong mane2 parti sebab tak minat politik2 bagi ni...tapi majoriti kat malaysia ni berpihak pade BN..sebenarnye bagus jugak DAP menang..ade jgak pembangkang...n ini akan membuatkan BN lebih bertanggungjawab terhadap kawasan dalam jagaan sendiri..jangan pandai nak menang jawatan n kerusi je...tapi lepas dah dapat menang...satu tangggungjawab pon tak diberikan..ini adalah pengajaran terhadap BN, BN bagus,PAS bagus,DAP bagus PKR pon bagus jugak.,.sumnenya bagus sebenarnya..ade persaingan...tapi janganlah gunekan cara yang kotor untuk pancing undi..tol tak? kalau dah janji nak buat tu..buat lah..jaga skit kebajikkan masyarat..

abad said...

cik aidacomei....sokong sangat kata2 cik...semua bagus.Tapi cara dia org yang buat org nyampah....biar dia kalah,baru tahu langit tu tinggi rendah...