Rasulullah s.a.w.bersabda bermaksud: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri
daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang
daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau
membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka
yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang
disediakan oleh suaminya." (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w
maksudnya : "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya
ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang
lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya." (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Apabila memanggil suami
akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya,
maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi." (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : “Seorang
perempuan yang beriman kepada Allah tidak halal mengizinkan orang yang dibenci
suaminya memasuki ke rumahnya, tidak boleh keluar jika suaminya tidak
menyukainya, tidak boleh mentaati seorang pun di rumah suaminya (kecuali
suaminya), tidak boleh meninggalkan tempat tidurnya dan tidak boleh memukul
suaminya. Jika suaminya berlaku zalim kepadanya, hendaklah ia tetap di sisi
suaminya sehingga ia dapat menjadikan suaminya senang. Jika suaminya mahu
menerimanya hal itu sangat menguntungkan dirinya dan Allah pun akan menerima
alasannya, memenangkannya dan dia tidak berdosa sedikit pun. Sekiranya suaminya
tetap tidak meredhainya, sesungguhnya alasannya di sisi Allah tetaplah kuat.”
(Hadis Riwayat Hakim)
alhamdulillah.... tazkirah yang bagus untuk para wanita...
ReplyDelete* baca dengan penuh keinsafan..
Nasihat untuk para wanita, isteri dan juga bakal isteri.. :) berguna untuk kebahagian dunia dan akhirat.
ReplyDelete